Jaguh badminton Malaysia tewas di perlawanan akhir Rio 2016.

By
Updated: August 21, 2016

Chong Wei Mendapat Pingat Perak Acara Badminton Untuk Malaysia.

Dato’ Lee Chong Wei ditewaskan Chen Long dari China, selepas 73 minit dengan keputusan 18-21, 18-21 semalam. Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut untuk Chong Wei di Olimpik.

Chong Wei memulakan set pertama dengan perlahan selepas membiarkan Chen Long memimpin 4-0, sebelum berlawan balik kepada 5-4.

Chong Wei membuat pukulan net.

Chong Wei membuat pukulan net.

Pertukaran mata yang cemas antara Chong Wei dengan Chen Long membawa mata kepada terikat pada 14-14. Chong Wei mencuba mengambil momentum perlawanan dengan serangan bertubi-tubi terhadap Chen Long tetapi Chong Wei membuat beberapa kesilapan di jaring sehingga Chong Wei mengekori 17-20. Walaupun Chong Wei sempat selamatkan satu mata perlawanan, kegagalan membalas pukulan smash memberi Chen Long set pertama.

Chen Long membalas pukulan Chong Wei.

Chen Long membalas pukulan Chong Wei.

Chen Long, dengan penuh keyakinan memulakan set kedua dengan serangan kuat dan laju untuk memimpin 5-2. Chong Wei tidak berputus asa dan lawan balik sehingga Chong Wei memimpin 8-5, tetapi Chen Long tidak mengalah dan mengekalkan kelebihan tiga mata untuk seluruh perlawanan. Chong Wei lawan balik untuk menyelamatkan dua mata pingat tetapi dikalahkan akhirnya 18-21.

Chen Long selepas pukulan terakhir.

Chen Long selepas pukulan terakhir.

Walaupun dikalahkan Chen Long, rakyat Malaysia tetap bangga dengan pencapaian dan prestasi Chong Wei dalam sukan badminton. Ini merupakan pingat perak ke-tiga yang berturut untuk beliau. Prestasi Chong Wei dalam Olimpik 2016 membolehkan kontinjen Malaysia mencapai prestasi terbaik negara dalam sukan Olimpik.