Neymar Wira Sepakan Penalti Brazil!

By
Updated: August 21, 2016

Brazil akhirnya menang pingat emas pertama untuk bolasepak!

Tuan rumah Olimpik 2016 dihadiahkan pingat emas pertama dalam acara bola sepak, selepas Neymar meledak gol kemenangan untuk Brazil semasa penentuan penalti terhadap pasukan Germany semalam. Perlawanan lepas antara Brazil dengan Germany tamat 1-7 di acara Piala Dunia, dengan Germany hentam tujuh gol.

 

Neymar menjaring gol pertama.

Neymar menjaring gol pertama.

Neymar menjaring gol kemenangan selepas Nils Petersen melihat sepakan penaltinya ditahan Weverton. Penyokong Brazil di Stadium Maracana melaung dan menjerit dengan kegembiraan selepas Neymar menjaring gol penentuan.

 

Neymar menjaring gol penentuan!

Neymar menjaring gol penentuan!

Perlawanan penuh masa antara Brazil dengan Germany tamat dengan 1-1 dan diikutkan penentuan penalti. Neymar, penyerang bintang Brazil dan Barcelona, menjaring gol pertama pada minit ke 27. Germany menjaring satu gol balik pada minit ke 59 melalui Max Meyer.

 

Neymar menangis selepas berjaya memenangkan pingat emas pertama untuk Brazil dalam acara bola sepak.

Neymar menangis selepas berjaya memenangkan pingat emas pertama untuk Brazil dalam acara bola sepak.

Tekanan untuk tuan rumah Olimpik menang pingat gol dalam acara bola sepak membuat Brazil lebih bersemangat untuk menekan untul gol kemenangan tetapi pasukan Germany menahan teguh untuk mengheret perlawanan ini kepada penentuan penalti.