Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan yang boleh menambah ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

Katanya, beliau masih menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung venue perlawanan itu.

“Saya tidak kata setuju atau sebaliknya tetapi tidak mahu membuat tindakan yang boleh menambah ketegangan hubungan kedua-dua negara.

“Hal ini kerana masih ada 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara. Saya rasa polemik (cadangan) ini tidaklah membantu menyelesaikan masalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Transformasi Nasional 2050 (TN50) : Dialog Bersama Usahawan Muda di sini hari ini