Akhbar harian Itali, Corriere dello Sport hari ini melaporkan, Allegri, 50, yang kini membimbing Juventus sudah bersetuju untuk menggantikan Conte, yang hanya tinggal setahun kontrak.

Ironiknya, Allegri, yang juga bekas pengurus AC Milan adalah orang yang menggantikan Conte, 48, ketika jurulatih kelahiran itu meninggalkan Juventus pada 2014 untuk membimbing skuad kebangsaan Itali, sebelum me­nyertai Chelsea pada 2016.

Sekiranya Conte meninggalkan Chelsea lebih awal, dia berkemungkinan besar akan kembali menggalas tugas jurulatih skuad kebangsaan, biarpun bekas pe­ngendali Manchester City, Ro­berto Mancini turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut.

Sementara itu, Conte nyata tidak gembira dengan keputusan seri 0-0 yang diraih pasukannya dalam separuh akhir pertama Pia­la Liga biar pun menguasai sebahagian besar perlawanan di Stamford Bridge.

Skuad bimbingan Conte mendominasi keseluruhan perlawanan yang menyaksikan video bantuan pengadil (VAR) digunakan, namun ketumpulan di bahagian serangan gagal memberikan Chelsea bekalan selesa ke aksi timbal balik nanti.

Mereka melakukan 21 percubaan tepat berbanding Arsenal lapan, dengan aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Emirates pada 24 Januari ini.

“Kami kurang klinikal biarpun mencipta banyak peluang. Jika anda mahu menang, anda perlu menjaringkan gol.

“Bagaimanapun kami gagal melaksanakannya tetapi kami sedar kami akan bertandang ke Arsenal, jadi kami perlu bersiap sedia sepenuhnya dalam usaha meloloskan diri ke pentas akhir (Piala Liga),” ujar Conte.