Kedua-dua pasukan ketika ini meraih agregat 0-0 selepas Chelsea mendominasi pusingan pertama di Stamford Bridge namun gagal meraih kemenangan.
Sementara Arsenal ketika ini dilihat lebih banyak mempamerkan corak permainan menyerang apabila beraksi di laman sendiri dan kini telah memperoleh sembilan gol daripada tiga perlawanan terakhir mereka di Stadium Emirates.
Kata Hazard dia percaya Chelsea akan menggunakan taktikal yang sewajarnya bagi meraih kemenangan dalam perlawanan menentang Arsenal.
“Ia adalah perlawanan separuh akhir dan pastinya kami mahu mendapatkan kemenangan.
“Jika kami fikir untuk bermain secara bertahan menentang Arsenal maka ia akan menjadi perkara paling buruk buat kami kerana pasukan harus mendapatkan jaringan.
“Kami harus mencari penyelesaian terbaik untuk aksi menentang Arsenal. Kami akan ke tempat mereka dengan mencipta lebih banyak peluang kerana jika kami tidak berusaha maka kami pasti berdepan masalah menjaringkan gol,” kata Hazard.