Pertembungan dalam Kumpulan B di Lens itu sedikit terganggu selepas berlakunya insiden keganasan apabila penyokong England terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyokong Rusia di Marseille, minggu lalu.

Penyokong England bertindak mengejek lagu kebangsaan Rusia ketika dimainkan, yang menyaksikan kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 di Stadium Velodrome, Hodgson bagaimanapun berharap agar perlawanan kali ini, mereka akan mempunyai rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain.

“Saya mahu melihat kedua-dua lagu kebangsaan pasukan dihormati. Saya mahu menyaksikan penyokong England senyap ketika lagu kebangsaan Wales dimainkan, bergitu juga sebaliknya,” katanya. – AFP