JDT menerima pengiktirafan mengukir nama di MBOR atas kejayaan dan pencapaian sebagai pasukan pertama di Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC pada tahun 2015 dan pasukan pertama mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super untuk musim 2016.

Selain itu, pengiktirafan tersebut diberi atas pencapaian sebagai pasukan pertama dalam negara yang memenangi kejuaraan Liga Super selama empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Pengiktirafan MBOR kepada JDT itu juga diberi kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin di sini sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Penyerahan Sijil MBOR itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christoper Wong kepada Pemilik Kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sini sebentar tadi.