Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri semasa mesyuarat Kabinet minggu lalu yang membabitkan bantuan sejumlah dana.

Berikutan perkembangan itu, beliau yang juga Penasihat PFA, meminta pasukan supaya me­nimbangkan semula hasrat untuk menarik diri dalam Liga Premier 2017.

“Saya memahami pengorbanan dilakukan Presiden PFA (Datuk Rozabil Abd. Rahman) terhadap PFA yang selama ini mengorbankan jutaan ringgit dan pada masa sama terpaksa menyewa padang untuk latihan.

“Walaupun dengan bantuan (Perdana Menteri) itu, Presiden PFA masih tetap perlu mencari jalan bagi mendapatkan sebahagian lagi dana,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Kelmarin, satu gerakan me­ngumpul dana menerusi Tabung Singa Utara dan penajaan untuk menyelamatkan PFA daripada menarik diri dalam Liga Perdana iketuai oleh Pemuda UMNO ne­geri, dilancarkan.

Turut sama Majlis Belia Ne­geri Perlis (MBNPs) dan Gerakan Belia 4B yang ketiga-tiganya mewakili suara generasi muda di negeri itu.

Ini termasuk penajaan seorang pemain tempatan oleh Pemuda UMNO negeri, manakala MBNPs pula bersedia menyumbang RM10,000.