Chapron digantung daripada menjalankan tugas oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) selepas mengejutkan peminat dan pemerhati dengan bertindak menyepak sebelum menggantung Diego Carlos yang secara tidak sengaja berlanggar dengannya dalam aksi Ligue 1 pada 14 Januari lalu.
Perlawanan itu dimenangi Paris Saint-Germain (PSG) 1-0.
Chapron seterusnya melayangkan kad kuning kedua kepada Carlos kerana reaksinya terhadap tendangan itu, mengakibatkan pegawai Nantes secara terbuka menggesa pengadil itu digantung.
Penggantungan Carlos dibatalkan tetapi Chapron perlu berehat kerana FFF mengenakan larangan enam bulan, dengan tiga bulan digantung, seperti mana dikendalikan oleh jawatankuasa disiplin.
Kenyataan ringkas daripada Pascal Garibian, pengarah teknikal badan pengadilan Perancis, berkata: “Kami memerhatikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Liga Bolasepak Profesional.
“Selepas dia menjalani penggantungannya, Tony Chapron akan kembali semula ke DTA (badan pengadil Perancis) yang boleh menetapkannya dalam perlawanan Ligue 1 atau Ligue 2.”