Kemenangan tersebut membolehkan City memiliki kelebihan 12 mata daripada pasukan di tempat kedua liga Manchester United yang menang 1-0 ke atas Burnley.

Chelsea pula terus berada di anak tangga ketiga de­ngan 50 mata, tiga di belakang Uni­ted selepas menang 4-0 ke atas Brighton manakala Arsenal mula mempamerkan peningkatan apabila menang 4-1 ke atas Crystal Palace.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, kemenangan yang diraih itu adalah sesuatu yang luar biasa buat pasukannya dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

“Kami memerlukan 10 lagi kemenangan untuk mengesahkan status sebagai juara, dan kami akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak mata.

“Prestasi yang dipamerkan oleh pasukan amat luar biasa malah corak permainan juga amat menarik sepanjang perlawanan berlangsung.

“Kami memberikan reaksi yang amat baik selepas kekalahan sebelum ini.

“Dalam bola sepak bukan jumlah jaringan menjadi ukuran tetapi berapa banyak peluang yang berjaya dicipta dalam perlawanan,” katanya.

Tiga gol Aguero dalam perlawanan tersebut dijaringkan pada minit ke-34, ke-63 dan penalti minit ke-83 manakala gol tunggal Newcastle diperoleh menerusi Jacob Murphy pada minit ke-67.