Klopp mengkritik pemainnya kerana tidak bermain dengan baik sewaktu separuh masa pertama sehingga membenarkan Swansea menjaringkan gol menerusi pertahanan, Alfie Mawson pada minit ke-40 akibat kesilapan dilakukan oleh Virgil van Dijk.

“Kami tewas sewaktu perlawanan separuh masa pertama, bukan kerana jaringan tetapi disebabkan kami tidak berada dalam posisi yang diinginkan.

“Kami mahu mempamerkan kelainan namun ia tidak berjaya.

“Sudah tentu ia amat mengecewakan dan membuatkan saya marah kerana apa yang pemain lakukan hari ini adalah sesuatu yang tidak wajar,” kata Klopp.

Dalam perlawanan tersebut Liverpool lebih banyak menguasai permainan namun aksi bertahan dipamerkan oleh Swansea membuatkan pasukan pelawat sukar mendapatkan jaringan.