Pemain kebangsaan Belgium itu menyertai City pada 2015 daripada Wolfsburg dan telah bersetuju dengan kontrak baharu bersama kelab tersebut.

Prestasi yang membanggakan bersama City termasuk banyak membantu kelab itu mencipta peluang menjaringkan gol membolehkan dia ditawarkan kontrak baharu.

“Saya sangat gembira dengan kontrak baharu ini.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa tumpuan saya adalah kepada kelab ini bagi membantu meraih kecemerlangan.

“Bukan sahaja untuk meraih kemenangan tetapi juga bagi mendapatkan aksi terbaik dalam karier bola sepak saya,” kata De Bruyne.