“Saya ada malam yang indah tetapi malam ini adalah paling istimewa buat saya.
“Kami mempunyai sokongan yang kuat dan saya berpendapat pemain dan penyokong telah membantu antara satu sama lain untuk meraih pencapaian ini,” kata O’Neill.
Pada perlawanan menentang Itali, gol kemenangan Republik Ireland diperoleh menerusi tandukan Robbie Brady sewaktu minit ke-85 hasil hantaran daripada Wes Hoolahan.
Republik Ireland dijadual menentang Perancis pada aksi kalah mati Ahad ini.