Ronaldo membuka akaun jaringannya menerusi gol menarik pada minit ke-50 dan tandukkan 12 minit selepas itu di Stade de Lyon.

Lebih manis pemain berusia 31 tahun itu juga menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat kejohanan Euro.

“Ia perlawanan yang gila.

“Kami perlu bangkit daripada ketinggalan, ia perlawanan yang sukar tetapi matlamat utama adalah layak ke pusingan seterusnya dan saya tidak boleh katakan saya tidak gembira, ini adalah rekod yang baik.

“Namun, keutamaan saya adalah membantu Portugal ke pusingan 16 terakhir,” kata Ronaldo.

Keputusan seri itu menyaksikan Hungary muncul juara Kumpulan F manakala Iceland yang menewaskan Austria 2-1 sebagai naib juara manakala Portugal mara ke pusingan kalah mati sebagai salah sebuah pasukan ketiga terbaik kumpulan.Portugal dijangka berhadapan laluan sukar pada aksi kalah mati kerana dijadual bertemu Croatia yang mengejutkan juara bertahan, Sepanyol.