Pada perlawanan tersebut tiga jaringan Jerman diperoleh menerusi Jerome Boateng minit kelapan, Mario Gomez minit ke-43 dan Julian Draxler minit ke-63.

Berjaya melangkah ke saingan suku akhir bermakna Jerman kekal menjadi salah satu pasukan pilihan untuk menjulang trofi Euro 2016.

Kali terakhir Jerman meraih kejuaraan kejohanan Eropah tersebut ialah pada 1996 iaitu selepas 1980 dan 1972.