Skuad bimbingan Hallgrimsson dan Lars Lagerback mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Three Lions 2-1 untuk melangkah ke suku akhir menentang Perancis Isnin depan.
Iceland yang mempunyai penduduk berjumlah 330,000 orang tidak pernah beraksi dalam kejohanan besar sebelum ini.
Leicester mencipta sejarah tersendiri pada musim lepas apabila menjadi juara walaupun bukan menjadi antara pasukan pilihan dalam kempen Liga Perdana Inggeris.
“Saya benar-benar memikirkan mahu menamatkan semuanya seperti yang dilakukan oleh Leicester.
“Mereka bermain dengan kekuatan yang ada dan kami juga melakukan perkara sama. Saya berpendapat ada semangat yang sama antara kami,” kata Hallgrimsson.
Sementara itu, ditanya mengenai perlawanan dengan England Isnin lalu, Hallgrimsson berkata: “Itu adalah saat yang sungguh melegakan.
“Kami katakan sebelum perlawanan bahawa jaringan gol awal pasukan lawan mampu mendatangkan pelbagai perkara buruk.
“Keadaan memang mengejutkan apabila mereka menjaringkan gol awal namun semuanya berubah apabila kami dapat menyamakan kedudukan,” katanya.