Dalam perlawanan tersebut, aksi kedua-dua pasukan seimbang pada separuh masa pertama tetapi tiada gol terhasil kerana tidak banyak peluang dicipta.
Babak kedua bermula dengan lebih menarik apabila Cristiano Ronaldo memecah kebuntuan menerusi tandukan pada minit ke-50 untuk membantu Portugal mendahului 1-0.
Selang empat minit kemudian, derita Wales bertambah apabila Luis Nani menggandakan kedudukan 2-0 apabila pemain sayap itu mudah menguis masuk bola ke gawang gol hasil rembatan Ronaldo.
Portugal akan menentang sama ada Jerman atau Perancis yang akan berentap pada awal pagi esok. – UTUSAN ONLINE