Dalam perlawanan yang berlangsung seimbang itu, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun buntu menemui penyudah berkesan sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Namun, ketika perlawanan dilihat seakan-akan bakal ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Eder menjadi duri dalam daging buat Perancis selepas berjaya meledak gol cantik dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Hugo Lloris di gawang tuan rumah.
Sebelum itu, anak buah Fernando Santos menerima tamparan awal apabila ketua pasukan, Cristiano Ronaldo terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada minit ke-25.