Bekas pemain Stuttgart dan Bayern Munich itu berjaya menjaringkan 26 gol bagi membantu kelab itu menjuarai saingan liga Turki dan persembahan cemerlang itu membolehkannya beraksi bersama Jerman dalam saingan Euro 2016, baru-baru ini.

“Sebab utama adalah kerana ketegangan situasi politik di sini.

“Tiada sebab lain melibatkan sukan atau perkara lain yang membuatkan saya mengambil tindakan ini.

“Segalanya berpunca daripada kejadian ngeri yang berlaku di sini beberapa hari lalu,” kata Gomez yang menjaringkan dua gol bagi membantu Jerman ke saingan separuh akhir Euro 2016 menerusi laman Facebook miliknya.

Kira-kira 60,000 anggota tentera, polis, hakim, kakitangan awam serta guru digantung tugas, ditahan atau disiasat sejak cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera dilakukan, Jumaat lalu.