Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalalthrash Wahid berkata, pihaknya juga memberi amaran keras kepada penyokong supaya tidak mencetuskan kekecohan.
Katanya, pemeriksaan di pintu masuk juga akan diperketatkan bagi mengesan individu tertentu yang cuba membawa masuk barang larangan ke stadium.
“Saya menasihatkan supaya tidak terlalu emosional dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang negara semasa menonton perlawanan bola sepak. Jadilah penyokong yang matang dan menerima keputusan dengan hati terbuka,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, dalam aksi Liga Perdana pada tahun lalu dan Liga Super pada awal musim ini, perlawanan membabitkan skuad Harimau Kumbang dan Hijau Kuning dicemari pergaduhan penyokong di Stadium Bandaraya dan Stadium Darul Aman manakala Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) turut membuat laporan polis selepas bas rasmi mereka rosak akibat dibaling batu bata.
Sejak beberapa minggu lalu, beberapa akaun Facebook yang dimiliki oleh penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas provokasi dan memberi amaran akan berlaku kekecohan di Stadium Bandaraya.