Malah skuad di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe itu juga terpaksa akur dengan kebangkitan pasukan Pulau Pinang yang berjaya meraih tiga mata penuh dalam perlawanan malam ini itu.
Jaringan sulung pasukan Pulau Pinang disempurnakan pemain import, Jeong Seok Min yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik malam ini pada minit ke-24 dan ke-36 manakala gol kemenangan disempurnakan pemain Mathias Cordoba pada minit ke-46.
Sementara itu, gol Skuad Helang Merah pula dihasilkan pemain, Liridon Krasniqi yang berjaya menundukkan penjaga gawang lawan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan pada minit ke-13.
Gol kedua pula diperoleh hasil sepakan penalti yang disempurnakan Thiago Fernandez pada minit ke-76.
Selain itu, dalam perlawanan berkenaan, penyerang Skuad Helang Merah, Liridi dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua.
Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu jturut menyaksikan dua pemain, Rafiuddin Roddin (Pulau Pinang) dan Rizal Ghazali (Kedah) dilayangkan kad kuning.