Walaupun ditekan oleh media dalam sidang akhbar di pusat latihan skuad bola sepak Brazil yang akan beraksi pada Sukan Olimpik Rio, bintang penyerang Barcelona itu menegaskan, dia tidak akan menukar gaya hidupnya hanya kerana desakan orang lain.
“Saya baru berusia 24 tahun. Mungkin saya pernah melakukan kesalahan, saya bukan seorang yang sempurna.
“Saya suka keluar dan bergembira dengan rakan-rakan saya. Mengapa saya tidak boleh keluar dan berpesta? Saya tidak nampak ia satu masalah,” katanya.
Menurut Neymar lagi, dia percaya, gaya hidupnya tidak akan memberi masalah selagi dia beraksi baik di padang.
“Saya berikan segala-galanya apabila berada di padang. Jadi, apa yang saya lakukan di luar padang tidak akan memberi masalah selagi saya menunjukkan prestasi baik,” katanya lagi.