Perlawanan tersebut menyaksikan Terengganu tewas kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas tumpas dua kali kepada Perak iaitu 2-0 di tempat lawan sebelum dibelasah 6-1 di laman sendiri.

The Cops memulakan perlawanan malam ini dengan garang apabila berpeluang merobek gawang tuan rumah pada minit ke-26 menerusi percubaan kapten Safuwan Baharudin namun rembatannya dinafikan oleh tiang gol.

Usaha PDRM untuk menembusi menembusi gawang skuad Penyu akhirnya berhasil selepas rehat apabila Safuwan menanduk tepat sepakan sudut Mohd. Fauzi Abdul Majid pada minit ke-58.

Bekas penyerang Selangor, Guilherme De Paula meletakkan kedudukan PDRM semakin selesa apabila menggandakan jaringan menerusi tendangan leret dari luar kotak penalti lapan minit kemudian.

Kekalahan tersebut meletakkan Terengganu di tempat kesembilan manakala PDRM di tempat ketujuh.