Nasri yang tidak mewakili Perancis sewaktu kempen Kejuaraan Eropah tempoh hari, kembali ke sesi latihan City untuk melalui pra-musim, namun dia masih gagal beraksi sejak Mei lalu.

“Samir datang dengan kenaikan berat badan sedikit…namun situasi dia sekarang bertambah baik,” kata Guardiola.

Pengurus baharu City itu turut berharap pemain berusia 29 tahun itu akan menurunkan berat badan dalam tempoh dua minggu lagi.

Bercakap selepas City menumbangkan Borussia Dortmund menerusi sepakan penalti dalam saingan persahabatan semalam, Guardiola berkata anak-anak buahnya masih bergelut dengan masalah berat badan.

“Musim lepas ramai yang berat badannya bertambah dan ada juga yang cedera sepanjang musim. Jadi, kami mahu mengelakkannya daripada berlaku,” ujarnya.