“Saya telah bercakap dengan bapa Leo (Lionel). Kami sudah bersetuju untuk bersemuka pada minggu depan.
“Perkara yang paling penting adalah untuk melihat Messi mengambil bahagian dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia,” kata Perez, yang dipetik daripada akhbar harian Argentina, Ole.
Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu mengumumkan persaraannya secara mengejut selepas Argentina tewas menerusi sepakan penalti penentuan 2-4 kepada penyandang juara Chile dalam kempen Copa America bulan lepas.
Dalam masa sama, Perez juga bersedia untuk berjumpa dengan jurulatih Sevilla, Jorge Sampaoli – individu yang mengetuai Chile mengatasi Argentina dalam perebutan mahkota Copa America bulan lalu – dalam usaha mereka untuk merekrut pengendali skuad kebangsaannya yang baharu.
Sampaoli, 56, menyertai juara Liga Europa Sevilla bulan lalu menggantikan Unai Emery, dan kelab itu telah menolak tawaran Argentina dengan alasan tidak mahu jurulatih mereka mencampur adukkan kedua-dua tugas dalam satu urusan.
“Saya telah memberitahu Sampaoli pada Rabu lalu, kami akan lihat. Terdapat tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Kami perlu berjumpa,” ujar Perez kepada stesen radio sambil menegaskan dia tidak akan berputus asa dalam usahanya.