Skuad Harimau Malaysia, yang merupakan juara 2010 sebaliknya sekali lagi diundi dalam kumpulan bersama tuan rumah, Myanmar, selain juara 2008, Vietnam dan juara dari pusingan kelayakan iaitu Kemboja, Laos, Timor Leste atau Brunei.
Berdasarkan ranking dalam Kumpulan B, Vietnam mempunyai posisi yang lebih baik berbanding pasukan lain dengan menduduki tangga ke-139 dunia, manakala Myanmar (160) dan Malaysia (167).
Sementara itu, saingan Kumpulan A dijangka sengit dengan juara bertahan, Thailand dan Singapura perlu berdepan tuan rumah bersama, Filipina serta naib juara empat kali, Indonesia.
Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir, di mana juara Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan, manakala juara Kumpulan B bertemu naib juara Kumpulan A.
Perlawanan akhir akan diadakan secara dua peringkat pada 14 dan 17 Disember bertempat di negara yang berjaya melayakkan diri ke final.