Pengurus Liverpool itu yang kini bersama anak-anak buahnya di Los Angeles selepas urusan perpindahan selesai dengan membawa masuk tujuh pemain baharu, yang bagaimanapun gagal mendapatkan khidmat pemain bek kiri Leicester City, Ben Chilwell.
Klopp bersedia menggunakan James Milner sebagai jalan terakhir untuk menggantikan bek kiri utama skuad Reds, Alberto Moreno, selepas pemain itu mengalami kecederaan kaki sewaktu menentang Roma di St Louis, Jerman.
Pengendali kelahiran Jerman itu berkata, dia bersedia membawa masuk jentera baharu jika pemain dalam radarnya itu tersedia.
Liverpool berdepan kesukaran apabila beberapa tonggak pertahanannya cedera seperti Mamadou Sakho, Joe Gomez dan Joel Matip, yang mana ketiga-tiga pemain itu adalah bek tengah, manakala Lucas Leiva yang berupaya bermain di posisi Moreno sedang menghadapi masalah hamstring.
Merekrut bek kiri baharu menjadi sasaran Klopp untuk jendela perpindahan, yang mana Liverpool dikaitkan dengan pemain Koln bernilai 20 juta pound (RM108.11 juta) Jonas Hector, Klopp bagaimanapun menafikan perkara itu.
“Adakah perjalanan saya akan terkubur? Saya tidak tahu. Saya tidak fikir begitu. Kita akan lihat apa yang akan berlaku.
“Apa yang anda lihat (di St Louis ketika menentang Roma) merupakan satu contoh bagaimana kami gagal bertahan, menyaksikan beberapa ruang besar terhidang sehingga membenarkan pihak lawan memasukinya.
“Penyerang mereka melaksanakan tugas dengan baik, cuma posisi pertahanan kami amat terbuka dan terlalu jauh antara satu sama lain membenarkan mereka merampas bola setiap kali pertahanan menghantarnya.
“Gomez, Sakho dan Lucas, kesemuanya cedera dan sudah tentu kami tidak cukup bek tengah buat masa ini. Banyak perlawanan yang dilalui tanpa beberapa tonggak bek tengah,” katanya.