Brazil, tidak pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik memulakan aksi mereka dengan penuh harapan selepas menurunkan bintang Barcelona, Neymar kemudian pemain baharu Manchester City, Gabriel Jesus dan penyerang Santos, Gabriel Babrosa yang dijangka menyertai pasukan di Eropah sebelum tetingkap perpindahan ditutup.

Brazil mengasak pasukan lawan bertubi-tubi sepanjang perlawanan namun tiada satu gol pun dapat dihasilkan oleh mereka.

“Itulah bola sepak. Adakalanya bola tidak menembusi gawang lawan,” kata Barbosa.