Moreno menyertai Leroy Sane dan Gabriel Jesus menjadikan jumlah ketiga-tiga pemain tersebut 64 juta pounds (RM338 juta) bagaimanapun, penyerang berusia 19 tahun itu berkemungkinan dipinjamkan kepada kelab dari Sepanyol, Deportivo La Coruna.

Tempoh perpindahan yang semakin suntuk telah membuatkan City terus bernafsu untuk membuat pelaburan dengan mendapatkan bakat muda terbaik dari seluruh dunia.

Pada masa sama, City turut membelanjakan 43 juta pounds (RM227 juta) selepas menandatangani Ilkay Gundogan, Nolito, Oleksandr Zinchenko, dan Geronimo Rulli semasa musim panas.