Skuad The Hammers ketinggalan 2-1 dalam aksi pertama pusingan ketiga kelayakan kejohanan tersebut sebelum pemain tengah Senegal, Cheikhou Kouyate meledak dua gol pada babak pertama disusuli jaringan kemenangan daripada Sofiane Feghouli di akhir minit permainan.

Venue tersebut merupakan gelanggang baharu West Ham yang turut dikenali sebagai Stadium London boleh memuatkan 54,000 penonton, 20,000 lebih kapasiti berbanding di Upton Park.

West Ham menukar ke stadium yang lebih moden selepas 112 tahun di mana gelanggang baharu tersebut sebelum ini digunakan bagi acara olahraga dalam Sukan Olimpik 2012.