Kohlschreiber, 32, yang merupakan pemain pilihan ke-13 kejohanan telah mengalahkan Guido Pella dari Argentina dalam tiga set pada pusingan pertama temasya tersebut dan dijadualkan untuk menentang wakil Slovakia, Andrej Martin.

“Terdapat keretakan di kaki…Phillip Kohlschreiber tidak akan bermain pada pusingan kedua Sukan Olimpik,” kata DTB dalam laman Twitternya.