RIO DE JANEIRO 10 Ogos – Pasangan penerjun negara dalam acara 10m platform seirama wanita, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat perak yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 sebentar tadi.
Mereka yang mempamerkan aksi yang konsisten sejak awal mengumpul 344.34 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini.
Pingat emas menjadi milik China manakala gangsa milik Kanada.