Selepas menyumbang pingat pertama negara dalam acara 10m platform seirama bersama gandingan Pandelala Rinong, pada Selasa di Sukan Olimpik di sini, beliau gagal mengekalkan persembahan membanggakan apabila bermula dengan kaki yang salah di atas papan.

Jun Hoong mengakui kesilapan dalam tiga terjunan pertama, mengakibatkan beliau antara 18 penerjun yang layak ke peringkat separuh akhir esok.

Pelajar universiti berusia 26 tahun itu mencatat kedudukan ke-21 dalam kalangan 29 penerjun dalam pertandingan itu sementara Wendy Ng Yan Yee berjaya menyelamatkan keadaan untuk pasukan terjun, apabila berjaya ke peringkat seterusnya di tempat ke-17.

Seramai 29 penerjun bersaing untuk merebut tempat pada pusingan seterusnya.

Jun Hoong mengumpul sejumlah 282.25 mata dalam mandatori lima terjunan manakala Wendy, yang menduduki tempat ke-24 dalam Sukan Olimpik London 2012, mengumpulkan 299.05 mata, jurang luas 73.95 mata di belakang pilihan utama Kanada, Jennifer Abel.

“Saya telah melakukan yang terbaik dalam dua terjunan terakhir tetapi tidak dapat merapatkan jurang mata,” kata Jun Hoong, yang melahirkan kekecewaan kerana gagal layak ke pusingan seterusnya.

Daripada 18 penerjun pada peringkat separuh akhir esok, 12 akan ke pusingan akhir, hari berikutnya.

Sementara itu, Wendy berkata beliau gembira dengan keputusan itu memandangkan terjunan pertama dan terakhir beliau, tidaklah begitu baik, yang menyebakan beliau gagal meraih lebih mata.