“Seperti tak percaya, apapun kita sudah capai kejayaan, kami sangat gembira,” kata Peng Soon.
Liu Ying pula berkata, mereka berjaya memanfaatkan tekanan yang dihadapi pasangan China, Ma Jin-Xu Chen untuk melakar kejayaan.
“Mereka lebih tertekan kerana berstatus pemenang pingat perak di Olimpik London 2012,” katanya.
Beregu campuran Malaysia itu akan bertemu dengan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perlawanan akhir nanti.