Malaysia ‘tempah’ satu lagi pingat

By
Updated: August 16, 2016

RIO DE JANEIRO 16 Ogos – Kontinjen Malaysia ‘menempah’ satu lagi pingat, sekurang-kurangnya perak di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuat kejutan apabila layak ke perlawanan akhir.
Beregu negara itu menewaskan pasangan keenam terbaik dunia dari China, Ma Jin-Xu Chen 21-12, 21-19 dalam perlawanan separuh akhir di Riocentro di sini sebentar tadi.