Keputusan mahkmah itu merupakan titik perubahan kepada insiden berprofil tinggi yang memalukan pihak berkuasa Olimpik dan menimbulkan keresagan dalam kalangan pelancong yang hadir di Rio.
Kini, pihak berkuasa Brazil merasakan kedua-dua perenang AS itu tidak jujur di dalam laporan mereka dan perlu menjelaskan beberapa perkara melibatkan insiden itu.
Hakim Keyla Blank mengeluarkan waran untuk menggeledah dan merampas pasport milik mereka sambil mengeluarkan kenyataan dengan berkata: “Dengan ini mereka dilarang meninggalkan negara ini.”