Pogba mulakan babak kedua dalam PL.

By
Updated: August 18, 2016

Paul Pogba, pemain termahal Manchester United akan bermula dalam perlawanan terhadap Southampton jumaat ini.

Selepas menerima tawaran Manchester United untuk menjadi pemain bernilai £89juta bulan lepas, Pogba akan akhirnya memulakan kempen dia dalam jersi Manchester United.

Pogba akan pakai jersi no.6.

Pogba akan pakai jersi no.6.

Penyokong Manchester United tidak sabar tengok pemain termahal beraksi dan menunjukkan bakat dia sebagai pemain yang berperanan “No.10”. Tetapi pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberi amaran bahawa Pogba tidak mempunyai kecergasan 100% selepas diberikan tempoh rehat lama selepas kejuaraan EURO 2016.

Mourinho kata Pogba tidak sesuai memberi “Super Performance” terhadap Southampton dan menyeru penyokong Manchester United menyorak besar Jumaat ini.

pogba

Mourinho juga kata “Paul telah berlatih selama seminggu, 10 atau 11 hari, dan telah sesuaikan diri sebab dia bukan pemain baru di sini. Dia kenal semua di sini dan dia faham bagaimana pasukan ini bermain. 90 Minit? Tidak, tetapi dia sedia main.’Super Performance?’, saya tidak percaya, tetapi dia sedia untuk mencepatkan integrasi pasukan.”