Liverpool setuju tawaran £32juta dari Crystal Palace untuk Benteke!

By
Updated: August 19, 2016

Crystal Palace membuat tawaran £27 juta dengan bonus tambahan £5m untuk Christian Benteke.

Masa depan Benteke di Liverpool pada pemulaan musim transfer ini tidak kukuh walaupun dia baru sertai Liverpool Julai 2015 untuk £32.5juta. Punca pertama adalah Benteke masih tidak dapat berintegrasi dengan pasukan pertama Liverpool.

Benteke sertai Liverpool pada Julai 2015.

Benteke sertai Liverpool pada Julai 2015.

Liverpool akhirnya menerima tawaran Crystal Palace untuk pemain penyerang Christian Benteke. Benteke, yang akan menjadi pemain termahal Crystal Palace, sekarang berada di London untuk semakan kesihatan selepas mencapai persetujuan peribadi dengan Crystal Palace.

Benteke beraksi semasa bertembung Crystal Palace.

Benteke beraksi semasa bertembung Crystal Palace.

Alan Pardew, pengurus Crystal Palace memuji keberanian lembaga pengarah Crystal Palace yang setuju untuk membuat Benteke pemain ikonik Crystal Palace. Alan Pardew berkata “Saya berasa puas hati lembaga pengarah berani meluluskan tawaran ini. Saya mahu berterima kasih perunding dengan Liverpool sudah sampai tahap ini. Benteke ada bakat, saya tahu ini sebab semasa di Newcastle saya nak rekrut Benteke. Walaupun tempoh dia di Liverpool tidak cemerlang, saya rasa Benteke akan sesuaikan diri di Crystal Palace dengan cepat, taktik kita sesuai untuk pemain penyerang besar macam Benteke.”

Benteke merupakan pengganti untuk dua pemain utama Crystal Palace, Mile Jedinak dan Yannick Bolaise.