Nani Membuat Pendedahan Yang Mengejutkan!

By
Updated: August 20, 2016

Nani membuat pengumuman yang mengejutkan tentang kerjaya dia di Manchester United!

Bekas pemain sayap Manchester United, Nani telah membongkarkan tempoh buruk yang dilaluinya semasa David Moyes masih pengurus Manchester United.

Nani baru sertai Valencia FC selepas menunjukkan bakat dia di EURO 2016, dengan menjaring 3 gol. Nani juga menunjukkan prestasi cemerlang di Liga Turki dengan menjaring 13 gol untuk Fenerbache.

Nani akan bermain untuk Valencia musim ini.

Nani akan bermain untuk Valencia musim ini.

Walaupun Nani telah tinggalkan Manchester United pada tahun 2015, dia masih teringat akan penyesalan dia di Manchester United semasa David Moyes mengambil-alih dari Sir Alex Ferguson.

Hanya 3 bulan selepas Moyes mengambil-alih, Nani ditawarkan pembaharuan kontrak yang lumayan, £100 ribu seminggu untuk lima tahun. Walaupun diberi kontrak lumayan, Nani tidak gembira dibawah Moyes dan akhirnya dijual kepada Fenerbahce selepas setahun.

Nani bersama Moyes.

Nani bersama Moyes.

Apabila Nani menandatangani kontrak baru, dia kata “Apabila anda mendapat kontrak macam ini, anda akan harap rakan sepasukan dan ahli kelab akan menyokong anda, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di bawah Moyes.”

Nani hanya muncul 13 kali untuk Manchester United di bawah Moyes.