Gareth Bale meledak dua gol terhadap Real Sociedad

By
Updated: August 22, 2016

Gareth Bale membina momentum dari persembahan baiknya di Euro 2016.

Real Madrid memulakan kempen La Liga dengan kemenangan 3-0 yang gagah terhadap Real Sociedad. Selepas Barcelona belasah Real Betis 6-2 pada hari sabtu, Real Madrid hadapi tekanan untuk mencatat kemenangan pertamanya pada perlawanan pertama.

Bale menjaring gol pertama perlawanan.

Bale menjaring gol pertama perlawanan.

Prestasi baik Bale dan pasukan pertama yang tidak mempunyai penyerang bintang Cristiano Rolando berjaya membebaskan tekanan terhadap pengurus Zidane.  Bale membukan jaringan pertama dengan tundukan kepala yang gagah dalam minit ke-dua dan menjaring sekali pada minit ke-94.

Assensio jaring gol pertamanya untuk Real Madrid.

Assensio jaring gol pertamanya untuk Real Madrid.

Pemain baru Asensio juga menjaring gol pertamanya untuk Real Madrid pada minit ke-40 dengan satu sepakan lob yang cantik. Bekas pemain Real Madrid, Asier Illarramendi mendapat peluang terbaik untuk pasukannya tetapi dia gagal menjaring.

Dalam perlawanan lain, Atletico Madrid dikejutkan Alaves dan ditahan 1-1 di stadium Vicente Calderon.