Pasukan kendalian Antonio Conte itu mencatat kemenangan tipis, 3-2, ke atas Bristol Rovers semalam di pusingan kedua sementara Leicester terus mara ke pusingan ketiga kerana terlibat dengan kejohanan Eropah.
Arsenal pula akan bertemu dengan Nottingham Forest, sementara Manchester United perlu berkunjung ke Northampton.
Juara Piala Liga musim lalu, Manchester City bakal menjadi tuan rumah kepada Swansea City, Southampton berdepan dengan Crystal Palace manakala Stoke City bakal bersaing dengan Hull City.
Pasukan dari Divisyen Dua, Accrington Stanley yang menewaskan Burnley di pusingan kedua akan berkunjung ke West Ham United di pusingan ketiga.