Tottenham menghukum pembaziran Liverpool!

By
Updated: August 28, 2016

Selepas kemenangan awal minggu ini, Liverpool bazirkan satu lagi peluang untuk mencatat tiga mata dalam Liga Inggris.

Jurgen Klopp kelihatan positif selepas perlawanan terhadap Tottenham, walaupun terdapat kekecewaan yang tidak dapat disembunyikan. Beliau berkata “Kami tidak mempunyai progam permulaan yang paling mudah, empat mata daripada sembilan bukannya apa yang saya mahu, tetapi itu okay, inilah platform kami untuk kembali”.

James milner menyambut

Walaubagaimanapun, tenaga pasukan dari segi menyerang lebih terserlah dari pasukan Maurico Pochettino, pengurus Tottenham. Untuk sebahagian besar perlawanan ini, mereka lebih bersungguh-sungguh dan lebih berusaha daripada pasukan Jurgen Klopp, yang sepatutnya bermain dengan penuh semangat ala api membara. Kehebatan menyerang Harry Kane, Dele Alli dan Vincent Janssen dapat dibina oleh Pochettino melalui perlawanan ini.

Liverpool mempunyai lebih daripada cukup peluang untuk menang, selain daripada panggilan offside yang boleh disyaki. Liverpool hanya mencuba mencabar Tottenham pada separuh pertama. Walaupun Liverpool jaringkan gol pertama, pasukan Pochettino tidak putus asa dan berazam kuat untuk menarik balik satu gol untuk menyamakan perlawanan ini. Pochettino berkata “Saya amat berpuas hati dengan tindak balas, usaha dan watak kami, ini menunjukkan bahawa Tottenham bukan pasukan yang mudah.

Danny Rose menyamakan mata perlawanan.

Danny Rose menyamakan mata perlawanan.

Kekecewaan Liverpool hampir dimeteraikan dengan tandukan kencang Toby Alderweireld yang hampir menjaring, tetapi tandukan ini sempat ditahan oleh Simon Mignolet. Hakikatnya, ini mungkin akan menjadi satu hentian atau kekalahan yang bermakna untuk Klopp, supaya dia boleh bangkit semula untuk keseluruhan musim ini, yang masih ada banyak perlawanan lagi untuk dimain.