Gol pada minit ke-42 itu adalah gol pertamanya untuk Argentina sejak mengumumkan persaraan selepas berakhir kempen Piala Copa Amerika pada Jun lalu yang mana menyaksikan skuad negara itu tewas kepada Chile dalam final.
Itu juga merupakan gol pertama Messi di bawah Edgardo Bauza sekaligus turut menghadiahkan kemenangan pertama buat jurulatih baharu Argentina itu. Argentina kini mengumpul 14 mata daripada tujuh perlawanan untuk mengungguli kedudukan teratas zon yang diadakan secara liga sepusingan.