Pemain dari Sepanyol itu yang kerap dihantui kecederaan pergelangan tangan sebelum ini jelas semakin menunjukkan banyak peningkatan dalam corak permainannya berbanding sebelum ini sekaligus mencerahkan peluang untuk mengulangi pencapaian muncul juara di kejohanan ini pada 2010 dan 2013 lalu.
Nadal yang diletakkan sebagai pemain pilihan keempat kejohanan dijadual bertemu pemain Perancis, Lucas Pouille pada pusingan keempat nanti.
Turut mara adalah pilihan pertama, Novak Djokovic dari Serbia yang hanya beraksi 32 minit sebelum lawannya, Mikhail Youzny dari Rusia menarik diri kerana mengalami kecederaan.