Penyerang England berusia 18 tahun itu sebelum ini diketepikan daripada skuad senior oleh pengendali baharu England, Sam Allardyce namun perkara itu langsung tidak menjejaskan prestasi bintang muda Manchester United itu.
Rashford membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak jaringan pada minit ke-29 dan menambah gol kedua peribadinya pada minit-66 menerusi rembatan dari jarak dekat sebelum menyempurnakan sepakan penalti, selang enam minit kemudian.
Selain Rasford, Nathaniel Chalobah, Ruben Loftus-Cheek dan Lewis Baker turut mencetak nama sebagai penjaring gol sekali gus membantu England mendahului Switzerland, dua mata bagi menghuni tangga teratas kumpulan sembilan.