Pertahanan tengah Brazil itu dijual secara mengejut kepada bekas majikannya, Chelsea dengan nilai 32 pounds (RM173 juta) pada tarikh akhir akhir perpindahan selepas dua tahun bersama PSG.
Penampilan Luiz bersama PSG menyaksikan dia gagal menyempurnakan penalti sebelum ditukar pada babak kedua ketika tewas 3-1 kepada Monaco, sebelum rehat antarabangsa.
“Saya tidak mahu Luiz pergi dan dia pemain penting. Namun, jika dia tidak gembira dan fikir lebih baik untuk pergi, saya menghormatinya,” kata Emery.