Pemain berusia 25 tahun itu tiba di Stadium of Light selepas mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila bekas kelabnya dari Portugal itu tidak melengkapkan keperluan mereka sebelum 31 Ogos iaitu tarikh akhir perpindahan berikutan masalah teknikal.

Penjaga gol utama Sunderland, Vito Mannone terpaksa direhatkan tiga bulan berikutan mengalami kecederaan siku dan tugasnya diambil alih oleh Jordan Pickford buat sementara waktu.

Mika membuat 26 penampilan bersama Boavista dan menamatkan di tempat ke-14 dalam liga Portugal pada musim lalu. Sunderland dijadualkan menerima kunjungan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin ini.