Jaringan Deyverson dan Ibai Gomez memastikan kemena­ngan Alaves di Camp Nou, sekali gus memberi kekalahan pertama buat Barca musim ini.

Kekalahan itu juga menyebabkan skuad bimbingan Luis Enrique ketinggalan tiga mata di belakang musuh ketat, Real Madrid yang menang 5-2 ke atas Osasuna.

“Kami sangat rapuh di bahagian pertahanan dan terpaksa menelan hakikat itu.

“Gol kedua lawan berpunca daripada kesilapan sendiri. Alaves benar-benar menghukum pertahanan kami,” kata Enrique.

Enrique juga terpaksa mene­lan kepahitan atas tindakan merehatkan tonggak seperti Gerard Pique, Jordi Alba dan Sergi Roberto yang kepenatan kerana baru kembali daripada tugasan antarabangsa.

Dia juga merehatkan Lionel Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta tetapi membawa masuk trio berkenaan pada separuh masa kedua.

Sementara itu, Cristiano Ro­naldo mencadangkan Real Madrid agar menawarkan kontrak 10 tahun buatnya bagi membolehkan dia menamatkan karier bersama gergasi bola sepak Sepanyol itu.

“Kalau saya Presiden Real Madrid, saya akan beri kontrak 10 tahun kepada diri sendiri,” pemain berusia 31 tahun itu yang masih memiliki kontrak sehingga 2018.

Ronaldo berjaya meledak satu gol ketika membantu Real menang 5-2 biarpun baru kembali daripada kecederaan.