Selepas melakar kejutan melangkah ke final kejohanan bertaraf Grand Prix Emas itu, juara remaja dunia, Jin Wei, 16, terpaksa akur 15-21, 13-21 kepada pilihan pertama dari Thailand, Busanan Ongbarungphan dalam masa 42 minit.

Terdahulu, Kian Meng-Pei Jing tumpas 16-21, 17-21 kepada pasangan tuan rumah, Ronald Alexander-Melati Daeva Oktavianti dalam pertarungan yang berlangsung selama 41 minit.