Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lepas, mengumpul 91,773 mata selepas beraksi dalam 14 kejohanan.
Jaguh Olimpik Rio, Chen Long dan Lin Dan, kedua-duanya dari China, masing-masing menduduki anak tangga kedua dan ketiga dengan mengumpul 86,984 dan 77,188 mata.
Beregu lelaki utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang turut merangkul pingat perak di Rio, mengekalkan kedudukan di tempat keempat untuk minggu keempat berturut-turut selepas mengumpul 63,237 mata.
Juara remaja dunia Goh Jin Wei, yang menjadi naib juara Indonesia Masters baru-baru ini, melonjak 14 anak tangga untuk menghuni ranking ke-36 dengan 31,706 mata.
Pemain perseorangan wanita utama negara Tee Jing Yi mengekalkan kedudukan di anak tangga ke-29 dengan 34,885 mata manakala beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut mengekalkan ranking ke-13 dengan 48,917 mata.
Pemenang pingat perak Sukan olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga kekal di anak tangga kelapan dengan 61,920 mata manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melonjak enam anak tangga untuk menghuniranking ke-18 dalam acara beregu campuran.